Tolong Jangan Buat Cerita Palsu Pasal Ayah Saya - Syafiq Farhain Anak Saleem



Netizen: "Bersabarlah.. Tabahkan hati.. Semoga ayahnya(saleem) cepat sembuh.. Amiinnn.." Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Kebelakangan ini ada satu berita yang mengenai Saleem meninggal dunia telah tersebar dengan luas di dalam laman media sosial. Walau bagaimana pun, berdepan dengan berita tersebut, anak Saleem akhinya buka mulut. Syafiq Farhain, iaitu anak kepada Saleem mengatakan bahawa berita yang disebarkan mengenai ayahnya telah meninggal dunia adalah tidak betul, berita tersebut adalah berita palsu. Beliau juga minta semua orang jangan lagi menyebarkan berita tersebut dan sama-sama mendoa untuk ayahnya yang kini dalam keadaan yang amat kritikal.

Saleem dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya di mana telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang, dan pada masa tersebut Saleem tengah menunggang motorsikal. Akibat daripada kemalangan tersebut, Saleem dilaporkan parah selepas 12 tulang rusuk patah dan ada salah satu daripadanya telah tertusuk ke bahagian paru-paru. Syafiq juga telah muat naik keadaan di hospital ke dalam akaun instagram miliknya.

Anak kepada Saleem iaitu Syafiq Farhain, berharap semua pihak hentikan penyebaran berita palsu pasal kematian ayahnya, dan sama-samakan doa ayahnya cepat sembuh.


0 Response to "Tolong Jangan Buat Cerita Palsu Pasal Ayah Saya - Syafiq Farhain Anak Saleem"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 2X ] [ Close ]==